Entry: Syekh Nuruddin tidak dibenarkan mengajar di Mesir. Wednesday, September 12, 2007



Sakit hati.. Geram.. Marah..

Entah apa perasaan ana bila mendengar berita yang baru disampaikan. Syekh Nuruddin tidak dibenarkan mengajar di Mesir.

Kelas beliau  yang dijadualkan berlangsung sepanjang Ramadhan di Mesir tidak mendapat kebenaran daripada Kedutaan Besar Malaysia kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Alasan yang ana dengar setakat ini : Syekh Nuruddin membawa ajaran sesat.

Subhanallah..  Sepanjang ana mengikuti pengajian beliau baik di sini atau di Malaysia, ana tidak nampak sebarang kesesatan yang dibawa. Entah mengapa tuduhan seberat itu diberikan kepada tokoh Ulama sehabat beliau.

Tiada sebarang komen dari ana setakat ini. Cuma kalau benarlah berita ini, ana tersangat berharap dan meminta agar pihak berkenaan mengkaji semula kenyataan mereka dan menarik semula tuduhan ini.

“ Memfitnah manusia besar dosanya, apatah lagi memfitnah ULAMA ‘AMILIN seperti Syekh Nuruddin  

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments