|
Alhamdulillah..
selesai sudah bebanan imtihan. 2 madah Al-Quran yang ana bawa telah
selesai dijawab semuanya. Soalannya OK, tapi jawabnya tu nampak macam
KO.. Apapun, ana mengharapkan doa sahabat-sahabat agar dipermudahkan
segala urusan .. Ameen Sedar tau tidak, Ramadhan telah melebarkan daun pintunya. Dua hari lagi, bumi Allah ini akan dipenuhi dengan seribu satu rahmat. Semestinya rahmat itu kita sendiri yang perlu mencarinya, mustahil sangat kalau ianya datang engan bergolek. JEMPUTAN MAKAN Minggu
lepas, setelah selesai imtihan Al-Quran, ana mendapat sms dari Aunty
Habsah, menjemput ana dan beberapa rakan lain ke rumahnya untuk makan
malam. Khas buat anak-anak yang akan balik ke Malaysia. Hari
yang sebelumnya, ana telah berjanji dengan Nasrul untuk menghadiri
jamuan kesyukuran sahabat2 kuliah Usuluddin tahun 1. Malam yang sama
juga, Arau Cafe turut mengadakan kenduri kesyukuran di Musolla
al-Irfan, surau di Rumah Perlis. Waktunya serentak.. selepas solat isyak. Terfikir di dalam hati, "3 kenduri serentak! Boleh buncit perut ana kalau macam ni,". MATI KERANA MAKAN Teringat
suasana di Malaysia bila tiba musim cuti sekolah. Kendurinya
kadang-kadang boleh mencecah 10 jemputan. Boleh MATI kerana makan kalau
macam ni. Alhamdulillah,
menapak di dalam bulan rahmat ini mengajar ana erti sebuah kesyukuran.
Syukur yang teramat. Syukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan
berbanding dengan sahabat-sahabat di luar negara, saudara2 kita yang
seIslam. Sahabat-sahabat di bumi Palestine, Iraq, Somalia , Pakistan,
dan lainnya... Alhamdulillah,
kita boleh MATI KERANA MAKAN, tetapi mereka MATI KERANA KEBULURAN.
Pernah suatu hari, datang seorang Makcik tua kepada ana dengan
menunggang seekor keldai. Lalu dia meminta ana untuk memberikannya
sesuatu. Bila dilihat, ternyata beberapa kepingan roti " 'ish " yang
sudah keras berhampiran dengan longgokan sampah sarap. Terkedu ana seketika. Ya Rabbi.. masih ada insan sebegini. Sanggup makan makanan yang sudah berdebu..kotor..lunyai.. Mungkin situasi sebegini sudah biasa bagi sahabat. Namun bagi ana, ia adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terfikir
ana, kalaulah kita yang hanya menyaksi pun sudah begitu keadaannya,
bagaimana pula dengan tuan punya badan. Bagaimana keperitannya yang
terpaksa ditanggung bersendirian, air matanya yang tidak pernah henti
mengalir, doanya yang tidak pernah lekang dari bibir.. Hanya dia yang
tahu betapa deritanya dia.. Namun, datangnya Ramadhan mengajar kita sedikit sebanyak erti keperitan dan kesusahan itu. Menyemai rasa simpati kepada saudara mara kita di sana. Sama-samalah
kita menghayati konsep Puasa yang telah dianjurkan oleh Islam. Puasa
bukan hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, puasa juga
menuntut kita agar merasai keperitan yang dirasai oleh saudara2 kita
agar kita dapat menanggungnya bersama.. Ramadhan adalah bulan INFAQ, mengajar kita menjadi dermawan yang akan memberikan sumbangan kepada mereka, Ramadhan juga adalah bulan IBADAH, mengajar kita agar sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan mereka. Sengaja
ana bawakan lagu ini buat tatapan sahabat.. Ana sendiri mulanya rasa
asyik dengan lagu ini, tetapi apabila melihat lirik, ana terkedu..
kasihankan mereka yang bernasib malang ... PIZZA IN HIS POCKET Did you ever hear about the boy who ate and ate and ate? Moganya ana mampu menjadi sebaik BOY dalam lirik ini.. Salam Ramadhan.. |
| Leave a Comment: |