
RM565,800 harga kepala Rushdie
Persatuan Perniagaan Islamabad gesa negara Islam boikot produk Britain
ISLAMABAD: Sekumpulan ahli perniagaan Pakistan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya memenggal kepala penulis kontroversi, Salman Rushdie (gambar), ketika bantahan Muslim di seluruh dunia terhadap penganugerahan gelaran kesatria oleh kerajaan Britain kepada penulis itu memuncak.
Ketua Persatuan Perniagaan Islamabad, Ajmal Baloch, menawarkan ganjaran bernilai lebih £82,000 (RM565,800).
Dalam satu perhimpunan di pasar Aabpara di tengah Islamabad, Baloch juga mendesak negara Islam memulaukan barangan keluaran Britain dan mengumumkan: "Kami akan memberi 10 juta rupee kepada sesiapa yang berjaya memenggal Rushdie."
Laporan akhbar The Independent menyebut, bantahan turut meletus di Lahore, Karachi dan Islamabad ketika jemaah mula penuh untuk menunaikan solat Jumaat.
Bilangan yang hadir ke perhimpunan selalunya cuma beberapa ratu sorang dan diketuai oleh parti Islam radikal negara itu. Lebih 300 penunjuk perasaan berhimpun di Islamabad sambil melaungkan 'Laknat Rushdie' dan 'Jatuhlah Britain.'
Ketua Parlimen sekutu parti agama MMA, Liaquat Baloch, berkata: "Rushdie menyentuh perasaan dunia Islam dengan menulis buku menghina agama suci itu. Penganugerahan kesatria adalah cubaan melemahkan dialog antara agama yang berterusan."
Sementara itu Parlimen Pakistan, buat kali kedua menggesa Britain menarik balik penghormatan itu.
Di Srinagar, ibu negeri Kashmir yang ditadbir India, mogok anjuran kumpulan Jamiat-ul-Mujahedeen menutup kedai, perniagaan dan sekolah. Penunjuk perasaan yang membaling batu sambil melaungkan, 'Gantung Salman Rushdie' disuraikan oleh polis yang melepaskan gas pemedih mata.
Satu tunjuk perasaan kecil-kecilan juga diadakan di luar Masjid Regent's Park di London, kebanyakannya disertai bekas anggota kumpulan radikal yang diharamkan, al-Muhajiroun.
Rushdie menjadi tokoh paling dibenci di seluruh dunia Islam selepas penerbitan novelnya, The Satanic Verses, pada tahun 1989, yang disifatkan umat Islam menghina kepercayaan mereka. Pemimpin revolusi Iran, Ayatollah Khomeini, mengeluarkan fatwa membunuhnya.
Ramai penduduk Pakistan tidak begitu mengendahkan bantahan itu malah sebahagian mereka berkata Presiden Pervez Musharraf gembira untuk menggalakkan perhimpunan itu untuk menarik perhatian orang ramai dari bantahan antikerajaan. – Agensi
Sumber : Berita Harian, 24 June 2007
Lebih 500 sertai bantahan pengurniaan 'Sir' pada Salman Rushdie di Kuantan
Basiron Abdul Wahab
Sat | Jun 23, 07 | 12:31:58 PM
KUANTAN, 23 Jun (Hrkh) – Lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Al Fatah, selepas solat Jumaat, dekat sini membantah pengurniaan pingat 'Knigh Bachelor' (membawa gelaran Sir) kepada penulis novel 'Surah Syaitan' kelahiran India, Salman Rushdie.
Mereka meneriak slogan 'jahanam...jahanam...jahanam Salman, Hidup Islam...Hidup Islam' dan bertakbir sambil mengutuk kerajaan British yang mengurnikan darjah kebesaran kepada penghina Islam itu.
Berucap pada perhimpunan itu, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Nasruddin Hasan mencabar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan British yang menghancurkan hati umat Islam itu serta memanggil Duta British ke Kementerian Luar untuk memberi penjelasan di atas pengurniaan pingat kebesaran kepada penulis novel surah syaitan itu.
Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge. Pada tahun 1988 dia menulis novel 'The Satanic Versus (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Rupblik Islam Iran, Ayotullah Khomieni mengeluarkan fatwa supaya Salman Rusdie dihukum bunuh, Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.
Nasruddin berkata, beberapa pemimpin negara Islam lain seperti Indonesia dan Mesir telah pun menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan British itu tetapi kerajaan Malaysia sebagai pemimpin OIC hanya mendiamkan diri.
"Saya cabar kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya, panggil segera Duta Bistish untuk memberi penjelasan di atas tindakan biadab itu," ujarnya.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut berucap pada perhimpunan itu meminta kerajaan Malaysia mengambil tindakan diplomatik dengan memanggil pulang dutanya di London serta mengarahkan Duta British di negara ini pulang ke negaranya.
Beliau juga mahu, seluruh umat Islam mengambil tindakan memboikot barangan keluaran British sebagai bantahan keras terhadap tindakan 'biadap' kerajaan British itu, yang disambut dengan laungan takbir daripada orang ramai.
Menurut beliau, keberanian musuh menghina Islam adalah berpunca daripada kelemahan Islam yang tidak berkuasa.
Katanya apabila Islam tidak berkuasa (tidak memerintah) inilah yang terjadi, musuh-musuh Islam bukan memperlekehkan Islam malah menghina Islam, penganutnya dan menghina Allah SWT.
Justeru katanya, Islam mesti didaulatkan, golongan Islam mesti diberi kuasa memerintah supaya agama ini dapat dipelihara kesuciannya daripada penghinaan musuh.
Perhimpunan berakhir dengan pembakaran semua poster dan gambar Salman Rushdie diiringi dengan lauangan takbir. - mns
Sumber : HarakahDaily
Sekitar Tentang Salman Rushdie
Petikan dari : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kelahiran : 19 Jun 1947 (umur 60) Bombay, India
Pekerjaan : Novelis, penulis rencana.
Kerakyatan : United Kingdom
Genre : Magic Realisme
Perkara : Kritikan, Kembara jalanan
Karya debut : Novel Grimus (1975)
Dipengaruhi oleh : Gunter Grass, Gabriel García Márquez, Vladimir Nabokov, James Joyce
Sir Ahmed Salman Rushdie lahir pada 19 Jun 1947 di Bombay.India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua Midnight's Children (1981) yang membawa hadiah Booker Prize. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India ,kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.
Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia .Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.
Pada Jun 2007 kerajaan Britain membe
ri anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007. Britain masih tidak peka dengan sensitiviti umat Islam sedunia.
Kehidupan peribadi
Salman Rushdie satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie , seorang peguam tapi terlibat dalam perniagaan.Isterinya Negin Butt seorang guru.Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam . Mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai , Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, jurusan sejarah .
Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki Zafar Rushdie. Isteri kedua novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993).Isteri ketiga Elizabeth West ( 1997-2004) dan mendapat anak lelaki Milan Rushdie. Sejak 2004 mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.

Salman Rushdie semasa melancarkan buku Shalimar the Clown
Karya Sastera
Novel pertamanya Grimus (1975) merupakan sebuah cerita sains fiksyen. Novel Midnight's Children (1981) mengisahkan kehidupan di India yang diceritakan dalam bahasa Inggeris. Novel ini memenangi 'Booker of Bookers' . Novel ini mengisahkan tentang sejarah kehidupan Republik India.
Novel Shame (1983) pula tentang aktor politik di Pakistan iaitu Zulfikar Ali Bhutto dan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Novel Shame dianugerahkan Prix du Meilleur Livre Étranger (Buku Terbaik Asing) dari Perancis.
Rushdie dilihat sebagai Indian diaspora iaitu perluasan ketamadunan India di seluruh dunia.1980 Rushdie melawat Nicaragua,Sandinista dan menghasilkan novel The Jaguar Smile (1987).
Novel The Satanic Verses
Novel ini mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan . Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail.Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.
Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa Presiden Iran,Mohammad Khatami.
Salman Rushdie masih menerima surat / kad Valentine setiap 14 Februari yang merujuk beliau masih diancam bunuh oleh rakyat Iran.
Salman mendakwa dirinya seorang Islam tapi dianggap murtad oleh seluruh umat Islam kerana telah menghina Nabi Muhammad.Novelnya banyak mengkritik peranan agama dalam masyarakat dan konflik antara yang benar dan tidak benar.