|| Man ana??||
.:: ReadOne ::.
Al Azhar

|| Al Hiwar ||
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


PAUTAN SAHABAT
ANNUR
KARIEM
PERON
al-fannani
~Pakcu~
Muhfizud
Amal Wildan
Ibnuhazam
Salimna
Amiza Khusyri
Elmafraqi
Hifzul Islami
Nummerzwei
Baitnujum
Salju_sakinah
islamios
zaid-akhtar
ice-putih
akhi_Yusuf
ibn-sabil84
akhi Kamal
akhiAriep

|| Link2 berilmiah ||
Bahantarbiyyah
ulama' mukramun
KAMUS ELEKTRONIK


|| Radio IKIM ||


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(click play)



free web counter
free web counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, September 14, 2007
Kelas Tafaqquh Syekh Nuruddin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Salam Buat Semua sahabat..

Alhamdulillah, kelas pengajian Syekh Nuruddin akan bermula esok, SABTU, 15 Oktober 2007. Bagi sesiapa yang berkesempatan, bolehlah menghadiri kelas yang akan di adakan di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor, Hayyu Thamin.

Ana sertakan sekali jadual penuh pengajian Syekh sepanjang ramadhan ini :

LOGO PMRAM.JPG  جدول الدراسة الشيخ نور الدين البنجرى المكى

ليلا (8,15 )

مساء

(4,00 – نصف الساعة قبل المغرب)

اليوم/الوقت

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح

السبت

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح/ العبر

الأحد

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح/ العبر

الإثنين

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح/ العبر

الثلاثاء

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح/ العبر

الأربعاء

نصائح الدينية / الإعتبار /خصوصات الرسول

مشكاة المصابيح/ العبر

الخميس






Buat renungan, Berkata Imam Malik Bin Anas rahimahuhullah :


العلم يؤتى ولا ياتى

 " Ilmu itu dengan didatangi (dicari) bukan mendatangi "




Posted at 11:16 pm by al_arawi
Sebarang komen ?  

Thursday, September 13, 2007
Hutang Pinjaman PTPTN

From: ROFEAH SULAIMAN <ah_gen2@yahoo.com.my>
Date: Jul 3, 2007 5:56 PM
Subject: Hutang Pinjaman PTPTN


Assalamualaikum...
 
Saya merupakan graduan dari jurusan agama, UM 2002  yang telah meminjam wang dari PTPTN berjumlah lebih kurang RM16 000.  Pada tahun itu, merupakan tahun pertama kerajaan memperkenalkan PTPTN kepada pelajar Ijazah.  Pada pinjaman yang pertama kali inilah, fail senarai nama peminjam dikatakan hilang.  So, sehingga sekarang, PTPTN tidak pernah menghantar apa-apa tuntutan bagi bagi bayaran semula wang pinjaman tersebut.  Persoalan saya disini ialah, adakah perlu saya melunaskan semula hutang tersebut atau, saya teringat kata YB Dato Hassan Ali mengatakan bahawa, wang tersebut tidak perlu dibayar semula kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menanggung kos yuran pengajian pelajar.  Yang manakah perlu saya  ikuti?

 

Jawapan

 

Akad hutang adalah akad  yang digalakkan oleh Islam. Malah dalam di banyak hadith, Rasulullah saw menggalakkan kepada Muslim agar membantu saudaranya seMuslim dengan memberikan hutang kepadanya untuk meringankan bebanannya.

 

َالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ مِنْ الصَّدَقَةِ قَالَ لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إِلَّا مِنْ حَاجَةٍ

" berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedekah digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala 'qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda. Aku lalu bertanya kepada Jibril as : "Kenapa hutang itu lebih baik dari sedekah?". Jibril menjawab : "Kerana peminta (sedekah) meminta sedangkan dirinya mempunyai tetapi penghutang tidak akan berhutang kecuali ketika ia di dalam keadaan terdesak "" (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

 

Namun, Islam juga tidak melupakan tanggungjawab yang harus dilunasi oleh penghutang. Di dalam masalah ini, Islam mewajibkan kepada penghutang untuk melunasi hutang tersebut walau dengan siapa pun ia berhutang berdasarkan hadith di bawah :

 

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

"Orang Islam adalah mereka yang memegang janji mereka" – Riwayat Abu Dawud

 

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

"Tanda munafiq itu tiga, sekiranya bercakap ia berbohong, sekiranya berjanji  ia memungkiri dan sekiranya diberikan kepercayaan, ia akan mengkhianati" – Riwayat Bukhari & Muslim

 

Jelas daripada hadith ini bahawa penghutang wajib membayar hutang-hutang tersebut walau siapa pun pemiutangnya hatta kafir sekalipun. Ini kerana ia sudah menandatangani perjanjian tersebut dan wajib baginya untuk mengotakan janji itu.

 

Kalaulah Islam mewajibkan bayaran hutang kepada golongan kafir, maka lebih utama Islam mewajibkan umatnya membayar hutang tersebut kepada kerajaan kerana duit tersebut adalah milik rakyat. Haram hukumnya kita menggunakan hak orang lain  dengan cara yang zalim.

 

Firman Allah swt : Janganlah kamu memakan harta orang lain dengan cara yang batil.

 

Bagi saya, anda masih mempunyai tanggungjawab kepada Allah untuk melunasi hutang tersebut sekalipun tidak melanggar undang-undang duniawi. Jadi, sekiranya berat bagi saudara untuk membayar kembali hutang tersebut, saudara disarankan untuk meminta pengecualian dari membayar hutang tersebut berdasarkan akad ibra' (meminta pengurangan) yang disyara'kan di dalam Islam.

 

Sekiranya tidak mendapat persetujuan dari pihak PTPTN, anda boleh meminta untuk membayar modal pinjaman sahaja iaitu menolak 4% dari modal pinjaman (sekarang 3%) kerana ia termasuk di dalam riba nasiah yang diharamkan oleh Islam.

 

Sekiranya anda diminta untuk menjelaskan kesemuanya seperti yang termaktub di dalam perjanjian, anda perlu melunasinya seperti yang diminta kerana anda telah berakad dengan akad tersebut dan anda perlu melunasinya sebagaimana yang dijelaskan di atas.

 

Waalahuu 'Alam

 


Posted at 09:07 am by al_arawi
Sebarang komen ?  

Wednesday, September 12, 2007
Syekh Nuruddin tidak dibenarkan mengajar di Mesir.

Sakit hati.. Geram.. Marah..

Entah apa perasaan ana bila mendengar berita yang baru disampaikan. Syekh Nuruddin tidak dibenarkan mengajar di Mesir.

Kelas beliau  yang dijadualkan berlangsung sepanjang Ramadhan di Mesir tidak mendapat kebenaran daripada Kedutaan Besar Malaysia kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Alasan yang ana dengar setakat ini : Syekh Nuruddin membawa ajaran sesat.

Subhanallah..  Sepanjang ana mengikuti pengajian beliau baik di sini atau di Malaysia, ana tidak nampak sebarang kesesatan yang dibawa. Entah mengapa tuduhan seberat itu diberikan kepada tokoh Ulama sehabat beliau.

Tiada sebarang komen dari ana setakat ini. Cuma kalau benarlah berita ini, ana tersangat berharap dan meminta agar pihak berkenaan mengkaji semula kenyataan mereka dan menarik semula tuduhan ini.

“ Memfitnah manusia besar dosanya, apatah lagi memfitnah ULAMA ‘AMILIN seperti Syekh Nuruddin  


Posted at 12:51 pm by al_arawi
Sebarang komen ?  

Salam Ramadhan..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Alhamdulillah.. selesai sudah bebanan imtihan. 2 madah Al-Quran yang ana bawa telah selesai dijawab semuanya. Soalannya OK, tapi jawabnya tu nampak macam KO.. Apapun, ana mengharapkan doa sahabat-sahabat agar dipermudahkan segala urusan ..  Ameen  Big Smile

Sedar tau tidak, Ramadhan telah melebarkan daun pintunya. Dua hari lagi, bumi Allah ini akan dipenuhi dengan seribu satu rahmat. Semestinya rahmat itu kita sendiri yang perlu mencarinya, mustahil sangat kalau ianya datang engan bergolek.

JEMPUTAN MAKAN

Minggu lepas, setelah selesai imtihan Al-Quran, ana mendapat sms dari Aunty Habsah, menjemput ana dan beberapa rakan lain ke rumahnya untuk makan malam. Khas buat anak-anak yang akan balik ke Malaysia.

Hari yang sebelumnya, ana telah berjanji dengan Nasrul untuk menghadiri jamuan kesyukuran sahabat2 kuliah Usuluddin tahun 1. Malam yang sama juga, Arau Cafe turut mengadakan kenduri kesyukuran di Musolla al-Irfan, surau di Rumah Perlis.

Waktunya serentak.. selepas solat isyak.

Terfikir di dalam hati, "3 kenduri serentak! Boleh buncit perut ana kalau macam ni,".

MATI KERANA MAKAN

Teringat suasana di Malaysia bila tiba musim cuti sekolah. Kendurinya kadang-kadang boleh mencecah 10 jemputan. Boleh MATI kerana makan kalau macam ni.

Alhamdulillah, menapak di dalam bulan rahmat ini mengajar ana erti sebuah kesyukuran. Syukur yang teramat. Syukur dengan segala nikmat yang Allah swt berikan berbanding dengan sahabat-sahabat di luar negara, saudara2 kita yang seIslam. Sahabat-sahabat di bumi  Palestine, Iraq, Somalia , Pakistan, dan  lainnya...

Alhamdulillah, kita boleh MATI KERANA MAKAN, tetapi mereka MATI KERANA KEBULURAN. Pernah suatu hari, datang seorang Makcik tua kepada ana dengan menunggang seekor keldai. Lalu dia meminta ana untuk memberikannya sesuatu. Bila dilihat, ternyata beberapa kepingan roti " 'ish " yang sudah keras berhampiran dengan longgokan sampah sarap.

Terkedu ana seketika. Ya Rabbi.. masih ada insan sebegini. Sanggup makan makanan yang sudah berdebu..kotor..lunyai..

Mungkin situasi sebegini sudah biasa bagi sahabat. Namun bagi ana, ia adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Terfikir ana, kalaulah kita yang hanya menyaksi pun sudah begitu keadaannya, bagaimana pula dengan tuan punya badan. Bagaimana keperitannya yang terpaksa ditanggung bersendirian, air matanya yang tidak pernah henti mengalir, doanya yang tidak pernah lekang dari bibir.. Hanya dia yang tahu betapa deritanya dia..

Namun, datangnya Ramadhan mengajar kita sedikit sebanyak  erti keperitan dan kesusahan itu. Menyemai rasa simpati kepada saudara mara kita di sana.

Sama-samalah kita menghayati konsep Puasa yang telah dianjurkan oleh Islam. Puasa bukan hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, puasa juga menuntut kita agar merasai keperitan yang dirasai oleh saudara2 kita agar kita dapat menanggungnya bersama..

Ramadhan adalah bulan INFAQ, mengajar kita menjadi dermawan yang akan memberikan sumbangan kepada mereka,

Ramadhan juga adalah bulan IBADAH, mengajar kita agar sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan mereka.

Sengaja ana bawakan lagu ini buat tatapan sahabat.. Ana sendiri mulanya rasa asyik dengan lagu ini, tetapi apabila melihat lirik, ana terkedu.. kasihankan mereka yang bernasib malang ... 


PIZZA IN HIS POCKET


Did you ever hear about the boy who ate and ate and ate?
He ate early in the morning
And he ate when it was late
But he didn't thank Allah for all the yummy food he had
And he ate so much, it made him sick which really made him sad

He ate dates in the masjid
Which he thought were very nice
Hot samoosas, and samacha
Seasoned with a special spice
He had tacos in Tijuana
With some sauce he got from Spain
And a blowfish baklava that he bought in Bahrain
He said jiros made in Cairo
Are a tasty treat he had
And the lemonade in Yemen made a very special treat
But the turkey made in Turkey
Could still use a pinch of salt
If you ever visit Malta
You should have a chocolate malt

He had pizza in his pocket
He had ketchup on his shirt
And he bought an ice cream sundae
So he wouldn't miss dessert
He had pizza in his pocket
He had ketchup on his shirt
And he bought an ice cream sundae
So he wouldn't miss dessert

On a bay in the Bahamas
He had pom poms in a bunch
And he rushed back home so he could make it just in time for lunch

Then one day he saw a little girl
Who held her tummy tight
And he walked over and asked her
Is everything alright?
She said she was so hungry
Been hungry for so long
And he realized the way he ate was very very wrong

He looked down at his own tummy
And he started feeling faint
Then from eating too much food
But he knew not to complain
So he brought the girl some food
Shared it with her family
Then they thanked Allah for what they had
And then he let them be

So let's try to learn a lesson
And let's try to do what's right
Eat the food your parents give you
Without a fuss or fight
Always be thankful to Allah for all your yummy food
Share what you have with others cause not sharing is rude
Being thankful is what's really great
Eat the veggies on your plate
And don't be like the boy who ate and ate and ate

He had pizza in his pocket
He had ketchup on his shirt
And he bought an ice cream sundae
So he wouldn't miss dessert

He had pizza in his pocket
He had ketchup on his shirt
And he bought an ice cream sundae
So he wouldn't miss dessert
Being thankful is what's really great
Eat the veggies on your plate
And don't be like the boy who ate and ate and ate


Moganya ana mampu menjadi sebaik BOY dalam lirik ini..  

Salam Ramadhan.. Big Smile

 


Posted at 08:36 am by al_arawi
Sebarang komen ?  

Wednesday, August 01, 2007
Jom joint Q...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Posted at 12:07 pm by al_arawi
Sebarang komen ?  

Next Page